Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Diri saya…

Nama: HAFIZAH BT JAMIL

Umur:22 tahun

Tarikh lahir:21 julai 1986

Tempat Tinggal:Mersing

Makanan Kegemaran:asam pedas

Minuman Kegemaran:Ais suam

Belajar di:Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Bidang:Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Industri

Advertisements

Read Full Post »

Masa itu emas..
Masa mencemburui kita..
Masa adalah modal kehidupan..
Masa bersifat relatif..

Allah juga bersumpah dengan masa..

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran..” Maksud Surah Al Asr

Rasulullah juga pernah bersabda yang maksudnya..

“Gunakanlah lima sebelum datangnya lima perkara..masa muda sebelum tua, masa lapang sebelum sibuk, masa kaya sebelum papa, masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati

Kini masa begitu pantas berlalu..

“Sehari bagaikan sejam..
seminggu bagaikan sehari..
sebulan bagaikan seminggu..
setahun bagaikan sebulan..”

itulah antara tanda-tanda kiamat makin hampir..ulas Ustaz Fauzi Mustafa (Pengacara Al Kuliyyah TV3) dalam Ceramah Sempena Maal Hijrah di Masjid Al Falah Sg Ramal Dalam pada 4 Muharram 1429H@12 Januari 2008.

Semoga saya dapat memanfaatkan masa yang ada secara bijaksana untuk membanyakkan bekalan samada di dunia yang sementara dan juga akhirat yang kekal selamanya.

 Masa yang kita ada hanyalah 24 jam sehari. Tidak pernah berubah sejak dahulu. Kita sahaja yang berubah. Berubah umur, dari kanak-kanak menjadi remaja, dan terus ke dewasa. Namun masa yang sama ini membawa senario yang berbeza kepada situasi yang berbeza.

Kalau bosan, satu jam bagaikan sehari. Kalau menunggu pula, seminit bagaikan sejam. Sebab itulah saya tidak suka tengok jam ketika lecture. Penantian itu satu penyeksaan. Tambahan lagi, jika berhadapan dengan lecturer yang membosankan. Begitulah situasinya ketika di dunia.

Bulan ini,Genaplah umur saya menjangkau 22 tahun. Sudah lama rupanya saya singgah di dunia. Melalui perkiraan mata kasar, saya sudah habiskan 1/3 dari waktu kehidupan yang biasa. Kalau dipanjangkan umur, sempatlah saya memenuhkannya menjadi 3/3. Tapi, kalau tidak?

Kini, saya perlu bersedia menghadapi setiap kemungkinan. Saya mungkin dijemput lebih awal berbanding orang lain. Mungkin juga saya bakal kehilangan insan tersayang.Kematian itu datang bila-bila masa sahaja tidak kiralah kita sedang menungga motosikal ke tidor ke atau sedang belajar sekalipun.Kerana semuanya ketentuan Allah.
Kerana semuanya demi masa.

 Justeru, kemanakah masa yang telah saya habiskan?Andainya setiap nafas saya dikumpulkan ke dalam setiap kotak. Maka di hari perhitungan dibuka semua kotak nafas itu satu persatu. Kotak pertama kosong. Kotak kedua kosong. Kotak ketiga berisi percakapan yang sia-sia. Kotak keempat berisi fitnah, umpat dan caci maki.Maka manakah amal yang boleh saya banggakan di depan Allah swt ?

Akan tetapi lain hal jika kotak yang pertama berisi bacaan al-Quran. Kotak kedua hafazan kitab Allah dan hadith. Kotak ketiga syarahan menyedarkan manusia. Kotak keempat amal perjuangan Islam yang ikhlas. Kotak keempat pula berisi nafas keletihan berjuang di jalan Allah. Maka inilah yang boleh saya banggakan didepan Allah swt.
Di Mahsyar kelak suasana tidak jauh berbeza. Kepada yang beriman, ribuan tahun di Mahsyar akan terasa sekejap sahaja tetapi bagi yang ingkar satu saat pun terasa tersangat lama bahkan ada yang menggesa supaya dimasukkan sahaja dirinya ke neraka kerana tidak tahan dengan siksaan ketika itu. Walhal mereka tidak tahu bahawa siksaan di neraka tidak dapat dibandingkan dengan siksaan ketika di Padang Mahsyar.
Demi masa, sesungguhnya saya dalam kerugian.

Perkara yang paling aku kesali dalam sehari apabila terbenamnya matahari ialah umurku yang bertambah akan tetapi, amalan ku tidak bertambah – Ibn Mas’ud r.a
 
 
 


 

 

Read Full Post »